Waking up in the middle of a sleep cycle leaves you feeling tired and groggy, but waking up in between cycles lets you wake up feeling refreshed and alert!
29 Ways to Stay Creative.
A Muslim doctor, insyaAllah.
Slot forum bersama Sheikh Dr. Yusri Sayyid al-Jabr dan Ust. Nazrul Nasir sebagai penterjemah pada 8/4/2012

S: Apakah sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang doktor untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidangnya?
J: Pertama, sifat rahmah. Pandang semua makhluk Allah dengan kasih sayang. Hormati semua pesakit sesuai dengan status mereka sebagai manusia, bukannya sekadar sekeping daging.
Kedua, tawaduk dan rendah diri, sama ada kepada pesakit mahupun sesama rakan sekerja. Jangan hanya kerana kamu merasa ilmu kamu dah cukup tinggi, kamu bersikap sombong kepada mereka. Ilmu ini milik Allah dan kamu tidak layak untuk berbangga, sedangkan kita tak tahu berapa ramai yang lebih tinggi ilmunya daripada kita.
Ketiga, amanah kepada pesakit. Jika kita tak tahu, katakan tak tahu dan jangan buat-buat tahu. Refer pesakit kepada mereka yang lebih pakar.
Keempat, jangan kejarkan harta duniawi, kerana rezeki telahpun ditetapkan oleh Allah. Jika Allah nak bagi, larilah macam mana pun, tetap akan sampai rezeki tersebut. Sebaliknya jika Allah tak nak bagi, carilah macam mana pun, tetap tidak akan diberikan kepada kita.
Allah menjamin rezeki kita, tetapi tidak menjamin kepakaran kita. Maka utamakan apa yang perlu dicari terlebih dahulu dan yakin dengan Allah Taala.
[Petikan dari Perkongsian Akhuna Al-Fadhil Dr Effy Saiful]
Fabio’s P!&$ed Off Eggs: Tak boleh tak gelak.
Pantang nampak ini dua, mesti rambang mata!



